Wednesday 31 December 2014

Saat-saat akhir tahun 2014

Alamak, dah nak masuk 22 tahun dah pun. Sikit je lagi, sikit je. Huargh ! Tsk tsk. Masa tolong berhenti, sesungguhnya ku tak sanggup melalui saat sebegini. Sobs. Btw, 2015 tahun akhir diploma, weehooo, lepas ni dah boleh kaf alif wau ya nun, kikiki ;) azam, berubah ke arah yang lebih baik ke jalan yang diredhai Allah swt. Amin. Semoga tahun 2015 menjadi tahun yang lebih bermakna.

Update :
Setahun kemudian , pada tahun 2015....


Semoga tahun ini dapat dating 4 kali sebab tahun lepas 3 kali je. Bahaha. "long distance relationship" lah kononnya. *tangan ke bahu, mata ke atas. Dan terlalu banyak perancangan untuk tahun ini, semoga Allah permudahkan segalanya dan juga berharap dimurahkan rezeki, amin.

Saturday 27 December 2014

Hashtag banjir

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum. Sedih bila mengenangkan mangsa banjir lebih-lebih lagi di negeri kelantan. tsk tsk. Sebab saya juga pernah menjadi mangsa banjir suatu ketika dahulu, selama lebih kurang 15 tahun berturut-turut sebelum berpindah ke rumah sekarang jadi saya faham. Tapi tak pernah tenggelam sebuah rumah pun, paling tinggi paras tingkap rumah. Barang terpaksa letak tinggi-tinggi, yang tak sempat diselamatkan semua rosak dan terpaksa ganti baru. pheww. Sekarang alhamdulillah sebab dah berpindah, dekat je pun dengan rumah dulu tapi sini tak kena banjir. Masa gelombang pertama hari tu pun, rumah lama tenggelam lagi. Nasib baik dah berpindah. hewhew. Kalau tak letih lagi lah kemas rumah lepas banjir. Dah letih, habis duit pula tukar perabot rosak. hmmph

Saturday 13 December 2014

Semester lima.

Assalamualaikum.


Ehem. fuhh fuhh *tiup habuk. Nasib tak bersawang belog ni, mengada tau labah-labah tadi ada hati nak buat sawang dekat sini, nasib baik saya sempat buka belog, bertempiaran lari. Muahaha. Padan muka tak sempat. hewhew. Seronok beronoknya bila tempat belajar dekat dengan rumah. bahaha. walaupun ambil masa 2 jam juga dari politeknik ke rumah tapi tetap dikira dekat. Tiap minggu balik whoa. Tapi petang nanti dah kena balik politeknik lagi, ahh bencinya dengan perasaan ni. pfffft

Pejam celik pejam celik, celik tak pejam pejam, dah semester lima. Wehoo. Tepukan gemuruh untuk diri sendiri sebab berjaya melalui 4 semester dengan jayanya. Walaupun melalui jalan yang berliku-liku untuk sampai ke tahap sekarang, akhirnya berjaya juga. Tehee. Dulu sebelum masuk belajar di politeknik, rasa macam "boleh ke ni, boleh ke. Aku budak akaun. Elektrik ni macam mana. 3 tahun, lamanya. Nanti masuk poli, mesti umur aku lebih setahun dari orang lain. Hurm hurm. " Tak cuba tak tahu kan. hewhew. 

Sekarang dah semester lima. Wahh, lagi setahun je nak dapatkan diploma. Cepat. Semester lima baru rasa susah juga untuk dapatkan diploma ni. tsk. Baru 2 minggu masuk belajar, tapi tekanan macam lagi seminggu nak final exam. Huargh, stress. Macam banyak sangat tanggungjawab kali ni. Tak boleh enjoy sangat macam dulu-dulu. Kerja kena siapkan cepat-cepat. Jangan tangguh, nanti tambah tertekan. Lepastu sekarang dah kena fikir tajuk untuk projek akhir nanti. Buntu. Sebenarnya, saya dah ada idea untuk projek akhir, tapi kos untuk buat projek tu tinggi, jadi perlu fikir idea lain bagi mengurangkan kos. hurm hurm. Buntu lagi.


Ni masa hari pertama masuk semester 5, muka ceria lagi sebab biasalah hari pertama, pensyarah mana nak mengajar lagi. hewhew. Tapi sekarang tekanan datang tak diundang, bersepah-sepah. pffft. Dah, tu je. Nak kemas barang balik politeknik. Menyampahnya. huh.



ps : kalau ada sesiapa punya idea untuk projek akhir saya , silalah kongsi ya. 


pss : Projek tu berkaitan elektronik, tak perlu fikir benda baru, benda yang dah ada, kita upgrade. okay ? paling ringkas.


Saturday 29 November 2014

Masalah. Masalah. Masalah.

Allah. Rasa berat sangat nak tanggung masalah ni. Sungguh pun bagi orang lain biasa-biasa je, tapi bagi aku berat sangat. Aku berusaha awal-awal lagi dah cari orang untuk penuhkan rumah sewa. Bila dah dapat happy giler rasa macam ringan kerja semester ni, tak perlu fikir banyak. Tapi tak tahu pula budak perangai macam tu. Aku sakit hati. Tak tahan dah dengan perangai orang macam tu. Sumpah aku takkan tolong dah budak tu lepas ni. Menipu. Aku benci. Menyusahkan.

Hari tu okay lagi, boleh terima yang sorang tu keluar tiba-tiba dapat asrama. Walaupun sakit hati, tapi tak boleh paksa juga dia duduk rumah sewa. Sekarang kawan dia lagi 2 orang keluar juga. Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Dia memang pesen gitu ke fikir diri sendiri je. Memang tak fikir ke macam mana keadaan orang lain nanti. Aku tak larat nak bayar Rm200 sebulan guna ptptn. Hoii. Banyak lagi aku kena buat dengan duit tu. Takkan seribu satu semester. Tsk tsk. Dulu bukan main lagi aku ni kesiankan dia tak tahu nak duduk kat mana semester ni, bodohnya aku. Menyesal tahu aku tolong budak tu. Cakap tak serupa bikin, dah buat salah perlu bertanggungjawablah. Urgh.

Satu perangai aku yang orang lain tak suka, aku jenis suka fikir negatif kepada orang yang baru aku kenal atau terhadap sesuatu perkara yang aku baru nak cuba. Aku suka fikir perkara buruk yang akan berlaku tiap kali aku nak buat sesuatu. Lepastu, ada lah seorang budak ni yang perasan aku jenis gitu, dia pun bagitahu dekat aku, fakta mengatakan orang yang selalu fikir negatif ni, pendek umur. Terus aku cuba buang tabiat tu. Sekarang macam menyesal pula. Sobs sobs. Kalaulah aku teruskan perangai macam tu, mesti aku akan bersedia dengan perkara macam ni. Mesti aku akan fikir buruk budak-budak tu sebelum aku terima dia masuk rumah sewa. Nasi dah jadi bubur kot. Allah rindukan doa aku. Aku berserah sahaja. Nanti cuba cari rumah baru, atau hostel saja. Haih. Nak kemas barang pun tak mampu. Sedih diperlakukan sedemikian. Perasaan teruja untuk masuk semester baru berganti pula dengan perasaan sedih. Tsk tsk *tisu please.

Tuesday 25 November 2014

Masalah rumah sewa lagi.

Assalamualaikum.


Hurm. Sihat tak? Hari ni aku rasa tertekan sangat. Banyak pula masalah memunculkan diri di saat-saat akhir macam ni. Semua macam pentingkan diri je sekarang. Termasuk aku. Baru berangan nak simpan duit nak pergi korea. Bahaha. Dah buat bajet semester 5 dah pun. Tiba-tiba jadi macam gini pulekk. Menyampah. Tertekan. Kalau boleh nak berjimat cermat semester ni. 

Tapi boleh je kalau aku nak minta asrama semester ni, aku je tak teringin. Bukan sebab berlagak, bukan. Bukan mahukan kebebasan sangat pun, lagi pula undang-undang dekat asrama bukan ketat sangat. Cuma saya ni penakut. Saya tak nak jumpa 'kakak-kakak' (bukan manusia) tu. Sebab saya pernah ada pengalaman sendiri. Tak boleh cerita, nanti 'kakak' tu dengar. Bahaha. Dia bukan keseorangan okay. Tapi serius menyeramkan. I is lemah semangat. 

Sebut pasal penting diri pula, macam aku, aku nak murah. Justeru, kalau boleh nak cukupkan 8 orang, nanti akhir semester sekurangnya ada lagi duit, tak lah sampai telefon mak minta duit. Tapi sekarang ade 6 orang sahaja, jadi aku buat keputusan untuk potong wifi juga dengan persetujuan seorang dari kawan aku. Tapi, ada pula orang yang tak setuju. Memang internet penting, tapi masalahnya perbelanjaan akan jadi tinggi. Aku tertekan bila tiada persefahaman. Idea lain, boleh teruskan langgan internet tetapi kongsi dengan jiran, jadi kita kongsi bayar bil, bayar ramai boleh kurangkan kos. Bahaha. Masalah sekarang, jiran tu nak ke. hurm. Dah ar, aku malas lagi nak fikir, penat. Banyak pula rambut gugur dek kerana masalah ini. tsk tsk. Ehem, daftar kursus dah settle dah, banyak pula subjek semester ni, lepas tu dapat pensyarah yang pernah ada masalah dengan kelas kami sem 3 dulu. Bahaha. Nasib... nasib.


wehoo. minggu depan dah kelas dah. Tak sabar nak habis belajar, nak sambung degree pulekk. hewhew. InshaAllah :))




Ini lah classmate. Ni gambar masa photoshoot kelas semester 3 hari tu. Aku paling beria nak buat photoshoot ni sebab nak jadikan sebagai kenangan. Dulu masa belajar dekat matrik tak buat, aku teman kawan aku sakit perut, jadi tak adalah muka aku dalam gambar. Saya duduk yang ketiga dari kanan. Okay sudah, sambung stress.

bila orang pentingkan diri sendiri itu wujud

Assalamualaikum.



Bahagia sekejap sahaja. Tak lama pun. Siang senyum sampai ke telinga, malam berita tak sedap pula sampai Haih. Apa lah nasib. Nasib nasib-- memang nasib. Bukan teruk sangat pun berita ni, tapi tetap tak sedap di dengar. err. Tiba-tiba pula ada housemate tak jadi duduk rumah sewa. Boleh pula hari ni dia dapat asrama. Buat rayuan rupanya dia. Kenapa tak bagitahu awal-awal. Urgh. Hari tu bukan main lagi haa masa nak minta duduk sekali, sebut 'confirm' lagi. Tak menahan. Sekarang boleh pula nak keluar macam tu je. Saya tak marah awak nak duduk dekat mana-mana pun awak pergilah. Tak halang. Tapi jangan janji boleh tak ? Janji palsu gini namanya. Cakap tak serupa bikin. Sekarang dah menyusahkan orang lain kena cari lagi 2 orang untuk tambah masuk rumah sewa. 

Rumah sewa bukan murah dik oi. Kami bayar guna ptptn tau, bukan duit makbapak. Minggu depan dah mula kelas, ada lagi ke orang yang tak ada rumah sewa minggu akhir ni. Mustahil. Kalau ada pun yang tiba-tiba rasa tak nak duduk asrama. Itu saja harapan. Sekarang dalam kepala fikir nak potong wifi, jimat seratus. Tapi itu keperluan. Seratus, kongsi 6 orang. Ya, 6 orang sahaja. Sepatutnya 8 orang. Tak pening kepala fikir duit sewa. Sekarang tak tidur lena lagi lah jawabnya. Padahal masa praktikal lagi sibuk cari orang untuk penuhkan rumah, takut nanti kelam-kabut kalau lambat cari. Bila dapat, benda macam gini pula jadi. Sobs sobs. Yelah, yelah kita merancang. Paham. Tapi tolonglah jangan pentingkan diri. Boleh? Jangan fikir kau je. Buat sesuatu keputusan, tolong fikir akibatnya sekali, untuk diri sendiri dan orang-orang berkenaan. Macam sekarang, kan dah menyusahkan. 


ps : ni sepatutnya entri semalam, lupa nak tekan publish. behehe.

Monday 24 November 2014

hari untuk senyum sepanjang hari

Assalamualaikum.

Behehe. Hari ni macam nak sengih je memanjang. hewhew. Sebab terlalu gumbira, seronok beronok sangat dek kerana keputusan peperiksaan sudah keluar ! wehoo ~ Bahaha. Semester ni tidak seperti semester sebelumnya. Debaran tidak sehangat semester lain. Latihan industri sahaja kan. Alhamdulillah. Lulus praktikal dengan keputusan 'cemerlang'. Wahaha. Ehem, riak siket, kasi kembang lobang hidung yang sudah lama kecut. Tidur lena lagi. Abah cakap, tak sia-sia dia hantar pergi praktikal tiap-tiap hari. maknanya kalau tak dapat cemerlang, sia-sia lah ? okay.




Tapi.. rasa bersalah pula bila mengenangkan kawan sekelas yang tak dapat keputusan sama. Tak boleh tidur lena lagi lah. tsk. Sebenarnya bukan susah pun nak dapatkan cemerlang tu. Macam saya, siapkan laporan ikut kehendak politeknik. Lengkap. Waktu presentation, saya jujur. Ececeh. Maksudnya, saya cerita dekat pensyarah benda yang betul. Tidak menipu.Walaupun memang perlu menipu sikit-sikit untuk menyedapkan pembentangan eh pebentangan itu eh tak tahulah macamana nak eja, tapi bagi saya tidak perlu. Memang waktu praktikal, tidak banyak pun kerja yang saya buat. Jadi itu sahaja yang saya ceritakan. Tak sehebat kerja kawan-kawan yang lain. Mungkin pensyarah penilai saya tu baik hati, walaupun dia komen banyak yang tidak kena, tapi pemurah dengan markah. Alhamdulillah sebab dapat pensyarah tu. Terima kasih kepada penyelia saya ketika praktikal, sebab baik hati tak kedekut markah, sangat membantu. Tidak lupa juga kepada abah yang setiap hari hantar dan jemput saya praktikal dan bagi duit makan setiap hari juga. Bahaha. Okay sudah. Cukup. Tiba-tiba jadi penghargaan. tehee.

Tambah gumbira lagi hari ini, bila keputusan adik saya, Naim yang belajar dekat politeknik satu tempat dengan saya meningkat daripada semester sebelumnya. Dia kejuruteraan mekanikal. Alhamdulillah. Tak sangka weh keputusan dia boleh tahanlah, walaupun nampak dia macam serabut je minggu peperiksaan hari tu. bahaha. Tapi bila dapat keputusan macam ni, tak boleh bagitahu orang, takleh bising-bising, nanti nampak riak, orang dengki terus kena santau, tapi dekat sini takpe, orang tak kenal. hewhew. Yuran semester 5 sudah selamat di bank in kan, tapi kenapa macam mahal je ? pelik.


ps : tak paham dengan orang yang suka 'like' komen dekat fesbuk. Nak suruh orang terharu ke, terus 'like' balik dia punya komen atau gambar atau status. Gitu?

Saturday 15 November 2014

Kan dah kena

Saya memang tak pernah langsung ada masalah gigi. Gigi senget ke, berlubang ke. Memang tak pernah ada pun. Dari sekolah rendah lagi rekod buku kesihatan tu bersih. Sebab tu setiap kali misi datang ke sekolah nak periksa gigi, saya tak pernah ada perasaan apa-apa pun. Sebab memang tak ada rasa apa. Kawan-kawan sekelas ada yang macam takut. Gelisah. Mungkin sebab dia ada masalah gigi.

Masuk sekolah menengah pun sama juga. Sebenarnya setiap kali misi datang periksa gigi, saya tak pernah ambil tahu pun. Bila sampai giliran, masuk bilik rawatan, duduk atas kerusi dia tu, lepas periksa doktor cakap "okay boleh keluar", terus keluar dari bilik rawatan tanpa ada apa-apa perasaan. Kadang pelik juga kenapa sekejap sangat. Nak je duduk dekat situ lama-lama sebab tak nak masuk kelas. Bahaha. Pernah sekali setan hasut suruh ponteng kelas. Saya sengaja buat baik pergi teman kawan tampal gigi. Salahkan setan tu. hewhew. 

Dan tibalah suatu hari, masa tu tingkatan 4 dimana waktu tu misi datang lagi nak periksa gigi. Saya masuk bilik rawatan, baru saja mahu duduk, salah seorang misi bersuara dan berkata "budak ni gigi cantik ni, bersih, tak pernah ada masalah". Ehem, terus riak. Tapi cover. Buat pemeriksaan gigi dengan bangganya. tehee. Salahkan misi tadi. Kalaulah dia tak tegur macam tu, mesti saya tak tahu gigi saya okay, mesti saya tak riak. tsk tsk. terus lupa diri. Kadang-kadang sebelum tidur malas berus gigi, sebab perasan gigi dah okay. hump hump. Tahun 2012 tiba-tiba gigi sakit. Masa tu memang dah takut dah. Takut gigi buruk. grr. Bila pergi periksa, rupanya kena cuci. Malas sangat berus gigi sendiri, orang lain tolong cucikan. Bahaha. 

Lepas tu bangga lagi, gigi dah cantik balik. Perangai malas mulalah menyelubungi diri. haih. Sekarang, sakit gigi bongsu pula. hurm. Yang ini paling sakit dalam banyak-banyak sakit gigi sepanjang 21 tahun hidup ini. Saya syak gigi bongsu tu berlubang. Dah gigi tu duduknya dalam gusi, macam mana lah nak cuci kalau gitulah keadaannya. haih. Takut nak pergi klinik. Mungkin ginilah perasaan kawan-kawan saya dulu masa misi datang sekolah nak periksa gigi. tsk tsk. Sakit.

Friday 14 November 2014

coklat percuma.

Memang cuti semester kali ni untuk ganti balik masa tidur yang tak pernah cukup waktu praktikal hari tu kot. Sedap giler tidur waktu cuti ni disajikan pula dengan cuaca mendung dan hujan duapulohempatjam. pergh pergh. Sejuk. Tak payah buka kipas memang cuaca dah sedia sejuk macam cameron highland dah. Kalau mandi memang menggigil, pedih ni haa tapak tangan sejuk sangat-sangat. Bil elektrik dah sah-sah turun bulan ni sebab kipas memang tak buka langsung. 

Hujan. Tak lebat pun, tapi berterusan. Tak brenti.

Lepas tu diserikan pula dengan kehadiran cekelat-cekelat dari Doha ni. Pakcik saya kerja dekat sana. Semalam dia balik, dia bagi dekat mak cekelat. Banyak. Pakcik saya tu adik bongsu mak. Sedapnya. Macam nak menangis. sobs. Dah hujan macam ni, memang tak keluar rumahlah. Duduk dalam bilik makan cekelat. pergh pergh. Namun, malang sekali sebab masa ni jugalah gigi nak sakit. tsk tsk. Gigi geraham bongsu tu lah nak sakit pula. Tau lah bongsu, jangan nak manja sangat. Baru je tumbuh tahun lepas, dah buat hal. Dulu pun masa nak tumbuh, demam panas. Terpaksa ponteng kelas. Separuh dari gigi tu terletaknya dalam gusi. Macam tertimbus sikit dengan gusi. Dah tertimbus tu duduk diam dah lah, ni tak. Mengada pulak dah nak sakit-sakit. Hilang sikit nikmat masa makan cekelat tu. Nasib baik boleh makan lagi. Alhamdulillah.


Creme Noisette. Sedap. Coconut tu tak tahulah sedap ke tak. Tapi macam tak menarik.


Yang ini paling sedap. Coklat dia macam cadbury, memang sama. Tak tahulah dekat mesia ni ada ke tak. Tapi yang percuma sedap dia lain macam. Bahaha.


Nah. Makan puas-puas. Bulan ni memang gemuk dengan cekelat. Jewels tu ada 2 balang. Yang kotak putih tu rupa dan bentuk dia macam ferrero rocher tapi ni cekelat putih. Haih gigi bongsu, tolong sembuh dengan baik, saya nak habiskan cekelat ni. Nanti takut tak sempat, adik saya dah habiskan dulu. tsk tsk.







Monday 10 November 2014

Tamat semester 4.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hilang juga semua bebanan yang ditanggung untuk menghabiskan latihan industri selama 5 bulan ni. Sekarang dah tak fikir keputusan latihan industri nanti macam mana. Nak lulus je. Tadi masa present dengan pensyarah banyak yang tak kena. Bahaha. Dah nama pun praktikal dekat tempat yang tak berkaitan sangat dengan kos yang belajar dekat politeknik. Cerita jelah apa yang saya buat dekat tempat praktikal tu, tapi ada juga tipu sikit-sikit. Tipu sunat. tehee. Nasib baik dapat pensyarah okay. 

Tapi tadi mula-mula pensyarah tu marah dekat saya sebab tak tepati masa. Janji pukul 10:30 tapi sampai dekat pukul 11. Lagipun bukan salah saya tak tepati masa, saya pergi tadi pun tumpang kereta Zakiah. Mak dengan abah kerja, abah pagi-pagi lagi hantar saya dekat rumah Zakiah. Lesen kereta ada pun macam tak ada. Penakut. tehee. Echa pun ada dekat rumah Zakiah, dia tumpang bermalam dekat situ sebab Echa orang johor, jadi pergi politeknik tadi bertiga la. 

Okay sambung, tadi masa Puan tu marah-marah, saya diamkan je. Nak je menjawab tapi dia yang bagi markah. Kang tak pasal-pasal gagal latihan industri, padan muka aku. Saya cuma mengiyakan saja semua yang Puan tu cakap, lagipun dia mengandung. haih. Lepas tu Puan tu nak pinjam pen, saya dengan gelojohnya bagi pen dengan tangan kiri, ha sudah. Dia dah pandang lain macam dah, mati aku. Nasib baik kawan yang present sekali dengan saya tu dia ada buat salah. kehkeh. oh, tadi present 2 orang dengan pensyarah sama. Kawan saya tu budak sekelas juga, lelaki. Dia buat laporan tak ikut format. Present dah okay dah. Lepas tu Puan tu bandingkan laporan dia dengan saya, nasib baik dia banyak salah. Ehem, laporan saya tak ada kesalahan. Jadi Puan tu macam dah hilang rasa marah terhadap saya. hewhew. Lepastu dapat present dengan tenang. Bahaha. 


Ni lepas present, muka happy masing-masing sebab tak kena buat pembetulan untuk laporan. hewhew.


pantai belakang rumah Zakiah.


Gambar ni elok je pun. Ada ke patut si Echa ni pergi letak dekat facebook gambar bertiga tapi muka saya nampak separuh je. kahkah. Sukati dia je. 


Buku ni akan dimasukkan ke dalam kotak, sedia untuk dibakar. tehee. eh tak, ni mesti kena simpan elok-elok sebagai kenangan, nanti dah tua boleh tunjuk dekat anak cucu pulekk. Motif ?





Thursday 6 November 2014

Hari akhir latihan industri.

Assalamualaikum.

Dah cukup 5 bulan. hewhew. Akhirnya selesai juga tanggungjawab saya sebagai pelajar semester 4 politeknik. Sekarang rasa tak sabar pula nak masuk belajar untuk semester 5. Nanti dah masuk semester 5, tak sabar nak habis belajar pula. kahkah. normal lah tu kenn. Tadi masa salam peluk cium kakak staf tu ada jugalah sebak. tehee. Tapi kuatkan diri supaya tak keluar air mata berharga ni. tsk tsk. Nasib baik diri ini kuat. Okay sudah, mari tengok gambar. Hari terakhir mesti ada gambar kenangan.


Berdua dengan Kak Zakiah (sebab dia tua setahun dari saya) *sebenarnya panggil dia Ja je pun, tehee


Bertiga. Ada sedikit gegaran disitu sehingga menjejaskan muka saya -..-


Yang ini okay sikit dari tadi.


Tereksaited pulekk. haha. Gegor habiss.


Okay, yang ni ada cerita dia. Pagi tadi dalam pukul 10 Maziah ajak saya beli bihun sup. Harga sebungkus RM 3. Sebab tahu lepas ni dah susah kalau nak makan bihun sup makcik tu lagi, jadi dengan bersemangat saya ikut Maziah. Zakiah pun kirim juga. Lepas tu kami bertiga sepakat nak belanja kakak staf dengan staf seorang lagi tu bihun sup. 2 orang la jadinya kenn. Jumlah semua RM6. Sebab nak pahala sama banyak, seorang bagi RM 2. kahkah. Bukan kedekut, tapi adil. tehee. Beberapa minit selepas beli bihun sup tu, kerani datang dekat kitorang bagi sampul ni sorang satu. Saya buat muka blur. Dah tahu dah mesti duit kalau sampul gitu. Tapi buat-buat tak tahu. Kerani cakap bos bagi. Bila kerani tak ada Zakiah terus buka lalu berkata "RM 200" *lebih kepada berbisik. Nampak tak dekat situ, baru belanja orang RM 2 terus dapat RM 200. Alhamdulillah. Tapi, kalaulah awal-awal lagi dah tahu akan jadi macam ni, baik belanja RM 200 je, dapat RM 20000. Bahaha. Gurau. 

Tengahari pergi restoran matahari pula, bos belanja. Murah sangat rezeki hari ini. Dah dapat duit, orang belanja makan pulekk.


Sedap. Tak tipu. Paling best kerabu mangga. Bahaha. Sebenarnya, dari hari ahad lagi saya teringin sangat nak makan buah pelam. Pelam dekat rumah tokwan dah habis. Ada orang ambil nak buat yang asam boi, yang femes sangat dekat facebook tu. Sukati dia je kan ambil dekat pokok orang. Urgh.  


Ada sotong, udang, ayam, ikan. Sedap. Tapi sambal belacan pula tak ada. sobs


Yang kat tengah tu lah staf yang paling rapat dengan budak praktikal. Saya panggil dia Kak na. 


Sebahagian staf dekat tempat praktikal. Bos tak ada, dia sibuk. haih. Okay, dah. Nak fokus laporan akhir pula. Hari isnin nak kena present dah. Bai.














Wednesday 5 November 2014

Jamuan perpisahan Li

Assalamualaikum.

Tinggal esok saja lagi kena bangun awal nak pergi pejabat. Lepas ni tak ada dah. Duduk rumah sebulan goyang kaki, makan, tidur, makan, tidur, gemuk. Tak sabar. Tehee. Okay, ni nak cerita ni, tadi kan dekat pejabat ada buat makan-makan sikit ibaratkan macam jamuan perpisahanlah. Kali ni kami 3 orang budak praktikal dengan 2 orang kakak staf tempat praktikal tu yang sponsor. ni haa


cuba teka apa. Ekeke. Laksa penang. pergh pergh sedap sehingga menjilat jari. Kami buat laksa penang ni sama-sama. Gini, saya bawa laksa yang mi kaler putih tu, pagi-pagi lagi dah tercegat dekat pasar Batu Enam semata-mata nak beli laksa ni, Maziah bawa telur rebus, Zakiah bawa sayur semua tu, kakak staf tu pula kuah laksa dan kakak sorang lagi koktel buah. Si tudung pink tu nama dia Maziah Embong. Dia belajar dekat politeknik shah alam yang praktikal sekali dengan saya tu dia lah. 




Zakiah dan Maziah
Okay, itu sahaja.


Tuesday 4 November 2014

Gemuk. Kurus. Gemuk balik.

Situasi :

Ani bukan nama sebenar seorang yang kuat makan dan berbadan agak besar. Beliau selalu diejek oleh sepupu tidak lupa juga makcik-makcik beliau yang suka jaga tepi kain orang. Suatu hari telah datang keinsafan ke dalam dirinya untuk berubah. Berubah dari besar kepada kurus. Dia telah berusaha seboleh mungkin untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikannya. Suatu hari salah seorang dari kawan beliau telah menegur dengan berkata "eh Ani dah kurus kau sekarang, cantik". Sejurus selepas peristiwa itu ..

A :

Ani terus berusaha mengekalkan kecantikan yang telah diperoleh dengan usahanya tersendiri.

B :

Ani sangat gembira sebab dah kurus. Terus lupa diri, makan banyak seperti biasa dengan merasakan "aku dah kurus, takpe, boleh makan sukati bla bla bla.... ". Dan lupa bahawa dia spesis senang gemuk, susah kurus.

sigh

****************************************

Sebenarnya Ani tu adalah saya. huh. Dan respon saya bila kawan tegur dah kurus adalah B. Sebab saya ni pesen pantang dipuji. fuhh. Dan akibatnya dah gemuk balik. bahaha. Kononnya nanti nak pergi buat presentation, badan dah kurus. puiih. berangan saja. Haritu dah berjaya turun 4kg, lepas tu ada pula si jujur baik hati ni tegur, "eh, dah kuruslah" terus lupa diri. hewhew. Terus naik 2kg. Padan muka aku -..-

Sunday 2 November 2014

Minggu akhir praktikal.

Assalamualaikum.

Seminggu lagi tinggal masa untuk tamatkan latihan industri. hewhew. Sekejap je 5 bulan ni sebenarnya. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ni, gembira tapi dalam masa yang sama sedih juga tapi sedikit jelah rasa sedih tu kalau nak dibandingkan dengan rasa teruja sebab nak habiskan latihan industri ni cepat-cepat. bahaha. 

Minggu yang agak sibuk sebab dalam minggu ni jugalah nak kena siapkan semua laporan akhir latihan industri, laporan harian dan mingguan, kena minta cop dan tandatangan penyelia. Haih. sesak nafas kejap. Sebenarnya laporan harian dengan mingguan tu sepatutnya dah selesai pun, nama pun harian kena tulis hari-hari la. Tapi saya kan pemalas, jadi kerja tu tertangguh sampailah ke minggu akhir. Sekarang kepala mula serabut. Salahkan diri sendiri. tsk tsk. 10/11 ni dah nak kena present dekat politeknik. urgh.

Buntu. Tak tahu nak reka apa lagi untuk jadikan cerita dalam laporan harian ni. sobs. Baiklah, saya akan ulang cerita yang sama. hewhew. Bukan pensyarah tahu pun kita buat apa kat pejabat tu. hihi. Lepas selesai yang harian ni nanti boleh fokus untuk laporan akhir pula. Dah, itu je nak cerita, nak sambung buat laporan pulekk. bai 





Sunday 26 October 2014

Jiwa kosong.

Hai la jiwa, kenapa ni-- 
tak tenang. Perasaan tidak tenang datang lagi. Sama. Sama macam hari raya lepas. Sunyi, sedih, sebak, kosong. Sama. Mungkin sebab saya dah jauh dari Allah. Sama macam yang lepas. Hati kosong. Raya sepatutnya gembira, tapi tidak. Nak tidur pun susah. Sunyi sangat. Semua benda jadi serba tak kena. haih T_T Lepas tanya google, jawapannya "hati kosong petanda hati jauh dari Allah swt". Berderau darah tiba-tiba. Menangis. Sebab Allah bagi petunjuk untuk cepat-cepat bertaubat. tsk. 

Sunday 12 October 2014

Sambil menyelam, minum air. hiks

Hari rabu lepas kena pergi ambil surat lagi dengan Encik Rashid yang kerja di JKR dekat wisma persekutuan. Menurut perintah atasan. Merempit dengan Ma naik nouvo, hoii. Nasib baik Ma bawak nouvo, takde lah rasa terseksa sangat takut kain terselak. I kan minah ayu pakai kurung selalu, puihh. Kalau tidak, terpaksalah jaga kain takut terselak nampak betis, lepastu sibuk nak pegang Ma lagi takut jatuh. Kan Ma bawak motor laju nak mamm macam apa dah, helmet yang saya pakai tu dah lah besar lepastu bayangkan kena tolak angin masa tengah sedap merempit, nasib tak tercabut je kepala ini. fuhh. 


Dapat juga cuci mata masa pergi JKR hari tu. Tak rugi. Hiks.


Nampak tak tu yang bangunan tinggi tu, bukan cermin kaler hitam, alaa yang cermin kaler hijau. Ha tu la Paya bunga square yang saya pergi kira kuantiti barang letrik hari tu, yang teruja sangat tu. ahak. Boleh pulak minta izin dengan Encik Rashid nak pergi dekat cermin belakang meja dia semata-mata nak ambil gambar permandangan ni. ehhehe. Nasib baik dia jenis yang okay-okay saja. 



Lepas dah settle semua dekat JKR, Ma bawak pergi situ dekat dalam gambar atas tu, bersebelahan dengan Masjid tengku tengah zaharah atau lebih dikenali dengan nama masjid terapung. Sebab stress sangat dekat ofis. Dekat situ tenang. Sengaja balik ofis lambat sampai habis waktu rehat. hihi. Masa pergi situ ada sorang pakcik tengah memancing, lepastu muka dia berubah, marah bila Ma buat bising. Haha. Takut ikan lari lettew. 


Kena paksa jadi cameraman, konon candid. Haha. Ma terlalu teruja lepastu upload gambar ni dekat ig. tehee. Paksa orang like pulak tu, tak maluu. Ahaha. 


Lagi, gambar konon candid. Daun pokok tu jauh sebenarnya, Ma buat-buat macam sentuh daun tu dan cepat-cepat suruh saya tangkap gambar ni, lepastu bangga sebab hasil macam ni. tsk. 


Semua tekanan dekat tempat praktikal hilang lepas pergi sini, sebab cantik sangat dan tenang je. Lepas ni nak ajak Ja pula. Hiks. Okay dah sampai sini je. Babai. Gambar saya tak ada sebab tudung tak jadi. Salahkan helmet. Sekian.

Tuesday 30 September 2014

Si busuk hati.

Seronok sangat ke berniaga menggunakan cara kotor cenggitu. Tak boleh tengok orang untung, buat taktik jijik. Busuk hati. Tak percaya rezeki sendiri. Urgh. Semua nak copy paste orang lain, tak pernah cuba keluarkan idea sendiri, sebab malas perah otak fikir cara nak menjayakan perniagaan atau mungkin terlalu 'bodoh' sebab tu copy lebih mudah :/ 

Tuesday 16 September 2014

Budak gemok





"eh awak nampak makin gemuk, makin rendah". Ergh! I is benci bila orang cakap I gemokk. Saya tahu lah saya gemuk, tak perlulah susahkan diri anda bertungkus-lumus berusaha untuk mengingatkan saya bahawasanya saya gemuk. tsk tsk. Benci lah! awak tu yang cakap saya gemuk, pun gemuk juga. 






Actually, saya sekarang dalam proses nak buang semua lemak terkumpul. hiks. Mencuba diet atkins. Sebab stress sangat bila orang sekeliling sibuk mengingatkan saya tentang kewujudan lemak saya, dan saya juga mengasihani mereka kerana bersusah-payah untuk saya. Maka dengan itu saya membuat keputusan untuk kurus. Wish me luck. tehee. 





Tuesday 9 September 2014

Cotton Batik Design Cantik


Assalamualaikum. Sebelum ni saya ada buat satu entri tentang cotton batik untuk tempahan. Cantik-cantik kan design kain cotton dalam entri tu? kan? cepat mengaku! haa.. sekarang nak memberitahu bahawa kawan saya baru sahaja whatsapp dekat saya gambar design untuk cotton yang baru! cantik sangat! sungguh, tak tipu. Mari tengok ..





okay, ini adalah antara gambar yang saya dapat dari dia. Cantik kan?. Ada banyak lagi design cantik, boleh whatsapp untuk menjamu mata. hiks. Kain cotton dijual sepasang, 4 meter. Okay, mari bincang tentang harga pula.

Cotton poplin : RM 130 
Cotton span : RM 150 
** tidak termasuk pos

* kain ini adalah pre order, maksudnya kalau berkenan di hati, boleh buat tempahan dan tempahan akan siap dalam masa 2 hingga 4 minggu. Deposit haruslah dibuat selepas membuat tempahan, sebanyak RM60.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan atau ingin membuat rundingan harga boleh whatsapp di talian : +60149074681

XOXO

teruja

Teruja terlebih sangat bila engineer dekat tempat praktikal tu suruh semua budak praktikal pergi melawat tapak projek. Tehee. Budak baru, teruja mesti lebih lagi-lagi bila diarah lawat tapak projek pembinaan paya bunga square *lot kedai dan hotel * yang hampir siap, lepastu lagi teruja bila boleh masuk dalam bangunan tu feeling macam rasmi semua dalam bangunan tu termasuk lif yang dikelilingi papan nipis. tsk tsk *kagum. walhal bukan orang pertama pun. Setiap sudut wajib ambil gambar sebab nak tunjuk bukti dah masuk sebelum bangunan beroperasi, nanti boleh edit buat 'before' 'after' beroperasi. Ahak. Ke'jakun'an saaangat.


Sampai je dekat tapak projek, diberi pula kerja yang mungkin agak berat sebab kerja ni letih dan buat sakit kepala secara tiba-tiba. Terus teruja tahap maksima sebab diberi kepercayaan buat kerja macam ni. tsk *terharu* Lepas tu suara hati berbisik "esok nak datang sini lagi" . tehee. Sebab banyak kerja boleh buat, dan banyak benda boleh tulis dalam report nanti, siap dengan gambar cantik-cantik. Kalau dekat office bukan ada kerja sangat pun. Tapi, semua yang dihajati tak tertunai sebab tiba-tiba ada banyak kerja dekat office. Ya ya, kita hanya merancang.



ps : saya sangat tak suka akan orang berlagak nak tunjuk yang dia ni pandai semua benda dan fikir orang di sekeliling tak sepandai dia.







Tuesday 2 September 2014

cool

Cool?  aku tak pernah pun jadi seorang wanita yang "cool" malah lebih kepada gelabah tak tentu hala. Jadi mulai hari ini aku nak ubah diri aku dari seorang yang gelabah kepada yang sangat-sangat cool. Okay. Dulu masa aku clash zaman cinta monyet serupa beruk tu, aku gelabah gile. Setiap malam aku call dia walau aku tahu dia dah berpunya dengan harapan dia clash dengan awek dia. tehee. Bukan hensem pun, ahaha. Kadang aku buat kerja bodoh aku kirim surat dekat adik dia yang satu sekolah dengan aku sebab dia tukar nombor telefon. psyco.Ya aku tahu nampak bodoh, sangat bodoh. Malu bila teringat balik atau kadang bff tolong ingatkan kisah tu, kuangjo. Lepas tu sibuk stalk hidup dia, lagi bodoh.


Sekarang tak nak dah jadi macam tu lagi, kan dah besar. Umur 21 kena matang lah kan. haha. Tak kan nak jadi macam Joo Jang Mi yang sibuk stalk hidup ex dia lepas clash. Haha. Kena cool, wajib cool. Life must go on. Untuk memastikan misi menjadi, mula-mula delete semua tentang dia. tsk. Unfriend akaun facebook dia, unfollow instagram dan jangan lupa block terus, block whatsapp jugak, delete wechat dia, left group wechat yang ada dia. Lagi? Semualah tentang dia yang boleh buat kita nak stalk dia lagi. Dah. Delete nombor telefon dia sekali, yang dalam kepala pun cuba lupakan. segala mesej. Let it go, let it go..  Gambar? hurm hurm.. nantilah fikir balik, macam sayang. Perasaan pula macam mana? . Entah, mungkin nanti akan hilang sendiri. Mungkin T_T



Thursday 21 August 2014

Menjual kain cotton batik.

Sebenarnya nak di beritahu disini bahawasanya, saya ada menjual kain cotton batik iaitu cotton poplin dan cotton Span. Awak boleh pilih je mana-mana corak yang awak suka dan kami akan canting mengikut kesukaan. Boleh tengok-tengok dulu ..




haa pilih kak pilih. hiks

Pre-order.

Harga -
cotton poplin : Rm130
cotton span   : Rm150
** Tidak termasuk pos
* 4 meter

Deposit Rm60 dan full payment boleh dibuat selepas kain tu siap.

berminat tak? kalau tak suka takpe, tengok-tengok dulu. Ahhaha. Kalau ter'suka' boleh terus whatsapp ke +60149074681 . Jangan malu-malu, jangan segan-segan tau. Saya tolong kawan je. teehee :)





Dan banyak lagi .



*** update : Untuk design terkini, boleh rujuk SINI atau boleh whatsapp untuk keterangan lanjut okay :))

Monday 18 August 2014

what you give, you get back

Menceritakan tentang pengalaman berkawan dengan orang yang suka sangat memalukan kawannya sendiri depan orang lain. ehem. cerita tingkatan dua dulu. Dia macam, "eh, banyaknya tahi mata kau". Tak pandai nak berbisik atau mungkin ajak kawan yang banyak taik mata tu ke tandas atau tarik kawan dia ke belakang dan tegur secara berhemah. Depan orang ramai juga ditegur dengan kuat nak satu sekolah dengar mungkin. 

Itu yang dia bagi. Dan apa yang dia dapat balik. Suatu hari, kami berlima ke kantin sekolah. Saya juga punya seorang lagi kawan yang lebih kurang perangai dia, tetapi mungkin elok sikit daripada dia atau mungkin pernah terkena dengan dia. Dia tinggi, kawan saya ni rendah sikit dari dia dan bila nak berkomunikasi bersama haruslah pandang atas tepat ke arah mata si tinggi tu. Dan tiba-tiba "eh, apa tu , hmph *nada terkejut* tahi hidunglah, besarnya tahi hidung kau, tu tu *sambil tunjuk* besarnya, cepat-cepat ambil kapal korek, ada bijih timah tu" lol -..-




memang gambar ni guna 360, tapi kalau camera biasa pun, budak ni memang putih gebu. ahaha. 
muah <3

Wednesday 13 August 2014

Buat pizza lagi.

Dah macam tak ada benda lain yang nak dipost. Ehek. Sebab baru jumpa sos prego cendawan. eh bukan jumpa, beli dengan kawan *dia baru buat belog, mari follow dia sebab dia pandai masak . Kebetulan sos ni ada satu je lagi dekat kedai tu, terus dibelinya. Dan kebetulan juga saya nak habiskan keju dekat dalam peti ais tu, takut nanti biar lama-lama dekat situ, tak elok, buang. Membazir gils, keju mahal okay, habis elaun ptptn I untuk sem ni, ahak. melampau. Mari jamu mata anda.

ya ya saya mengaku pizza saya selekeh.



Sedap gils. Wahh takleh blah puji masakan sendiri. ahak. Tapi memang betul sedap, tak macam sebelum ni. Sebab sos kali ni menjadi. tsk. kagum dengan diri sendiri. tsk tsk T_T
Kalau awak-awak semua nak buat pizza, guna sos prego cendawan tau, tin dia kaler hijau, ingat tau kaler hijau. Sedap. Bubuh keju vanyak-vanyak. Sedap, macam nak menangis. tsk. kagum lagi.