Monday 23 June 2014

Hari pertama praktikal

Hari pertama praktikal? Not bad. Saya, sama juga seperti orang lain yang baru menjalani latihan industri, sedikit gusar kerana ini merupakan pengalaman pertama. Tak tahu lagi syarikat tu buat apa, ada kena mengena ke tidak dengan kos yang saya belajar di politeknik. Sebab tempat ni bukan saya pilih sendiri, tapi kawan saya Ja yang cadangkan sebab sepupu dia kerja kat sana. KNS Consultant, electrical & mechanical engineering. Sebab dia ada tulis electrical dekat nama syarikat, saya tertarik. heh. 

Semalam siapkan semua yang perlu dibawa ketika lapor diri. Surat penempatan, kad pelajar, jurnal refleksi, resume. masukkan semua ke dalam bag. Oh tidak lupa juga telekung untuk solat. Semangat. Tidur pun tak seperti biasa, lebih awal sebab tempat praktikal jauh, kena bangun awal, lapor diri katanya pukul 8 pagi. Sesampai sahaja, Ja dah ada. Tunggu depan tangga. Haha. orang baru lagi, kena la pergi sama-sama. Tunggu depan pintu pejabat sama-sama. Gelap. semua orang tak datang lagi. 

Dekat pukul 9 baru ada orang datang, ajak kami masuk. Disuruh duduk, duduk je mana-mana. Haha. 15 minit lepas tu 2 orang lagi baru sampai. Bila ditanya tentang lapor diri, dia cakap takpe, duduk dulu. senyum-senyum, gelak-gelak, buat lawak lagi, sambung kerja dia, tanya kami dari mana, pastu sambung buat kerja lagi. Ja tanya dia, "nak kena buat apa-apa tak ni", dia tanya "dah nak buat kerja ke", Hahaa. Dia suruh rehat dulu, tengok-tengok pejabat. I okay je. lepas tu rehat, makan, solat. Pastu rilex lagi. Tidur. teehee. Jam nak dekat pukul5 baru dia suruh buat kerja sikit, susun pelan. Pelan electrical dengan mechanical. Itu sahaja untuk hari ini. Pekerja dekat situ cakap, hari ni bos tak ada, rehat la dulu. sekian.





Blue plan
klik sini

Bermula dari kalkulator

Kisah terjadi di dalam kelas 5 ibnu sina sewaktu pelajaran prinsip perakaunan. Aku yang ketika itu dalam kekecewaan kerana gagal dalam cinta pandang pertama. Hakktuihh. cinta monyet seperti beruk itu. Hahaha. Hari tersebut tidak seperti hari-hari biasa kerana ketika itu Fifah iaitu BFF aku sepanjang tingkatan 4 dan 5 tidak hadir kerana mengikuti Jambori di Penang. *bahasa baku. Jadi aku terpaksa menebalkan muka menumpang kasih dekat Hazni dan Syira. Tumpang jalan pergi kantin. Tumpang lepak. Tumpang sembang. Semualah. Sebab aku tak ada kawan lain lagi dalam kelas tu. Bukan tak ada kawan, ada tapi tak rapat sangat. 

Pada hari tersebut iaitu hari rabu 23 Jun 2010, matapelajaran yang terakhir ialah prinsip perakaunan yang bergurukan puan Norliza. Cikgu ni tak suka sangat buat kelas dia dekat kelas aku tuh sebab panas. So hari tu dia buat dekat kelas kosong yang lain yang kipas laju, angin kuat, tak panas. Terpaksalah aku merempat dekat Hazni dengan Syira, menumpang kasih. Cikgu tu ajar sikit pastu bagi latihan, akaun kan banyak kira-kira. Aku bukan budak pandai, aku duduk je tengok kertas sambil berangan. Kalaulah Fifah ada kan bagus, boleh tiru. Dia PANDAI sangat akaun. Aku budak vodohfoh. Akulah si corot dulu. Hahaha. Dalam kelas tahu nak berangan je. 

Dan.....sedang aku berangan, tiba-tiba ketua kelas datang menghampiri bawak pen dengan kertas mintak no telefon aku. Oh, terperasan sekejap. Ahaks. I ofkos la jual mahal dulu. tersipu malu. geli. Lepastu tak tahu nak buat macam mana , nak bagi, tapi malu. Lepastu dia bagi kalkulator suruh aku taip no telefon dalam tu. Aku tekan. Oke. Heh. 23 Jun 2010. Mula berkenalan. Walaupun kami sekelas dari tingkatan 4, tapi tak pernah sekali pun sembang dengan dia, kenal dengan dia secara dekat. Malu sebab dia pandai, aku si corot.

Sebenarnya dari tingkatan 3 lagi dia nak no telefon tapi masa tu aku berpunya. Puihh. Konon setia lah. Tak layan lelaki lain. Bermula di perpustakaan sekolah, bulan puasa ketika itu. Lepas habis waktu persekolahan, aku ke perpustakaan dengan kawan baik Ajeerah. Bukan untuk belajar tapi baca majalah yang dekat dalam tu ada resepi. Ingat lagi resepi ayam masak paprik. Pehh. Kusyuk sangat salin resepi tiba-tiba ada buku jatuh sebelah aku. Ketua kelas sengaja jatuhkan buku dan mintak tolong aku ambilkan. Pelik, jatuh sebelah aku. Pastu lepas aku bagi buku tu, dia tanya nama aku. "Nama apa?". "Husna". Hahaha. Lepas tu boleh pulak jerit panggil nama aku. Teehee. Sampai situ je, sebab aku berpunya. Hahaha. 

Dari 23 Jun 2010 sampai sekarang kami masih dalam proses berkenalan :) 4tahun? Kejap je.


Saturday 21 June 2014

Friday 20 June 2014

kebahagiaan dirampas

Sepanjang dua bulan cuti ni, aktiviti harian saya adalah tidur. Tidur. Tidur. Mana lah nak dapat peluang macam gini kan, sekarang lah masanya. Minggu depan dah nak start praktikal. gulp. Siang bila semua orang tak ada, perkara yang paling best yang boleh dibuat adalah tidur. Hahaha. untungkan ? Lepas zohor wajib tidur dekat ruang tamu, haha. Sebab dalam bilik panas sangat, panas sangat-sangat. Ruang tamu best, ada aircond. hik.


tiap-tiap hari. sofa pun macam dah hilang ke'empuk'kannya. Haha. Pukul 5 keistimewaan ini automatik hilang. Grr. Dimana waktu mak ngan abah balik dari kerja. Hahaha. Abah oke je, mak sangat tak oke. hik. suka sangat mengganggu ketenteraman orang. baru je nak feeling melancong dekat korea, buat orang salji. spoil.



Tutup aircond, automatik bangun dan jerit.

me :  "sape tutup ekonggg ???!!"

pusing belakang mak dah tercegat dekat suis ekon. teehee. potpetpotpet. 

mak : "tahu tak bil letrik bulan ni berapa bla bla bla, kipas lagi ekon lagi bla bla bla tidur atas sofa kluar air liur basi bla bla bla ingat wangi sangat ke bla bla sape nak basuh bla bla bla bla bla"..

tiap tiap hari, bebelan yang sama. dah boleh hafal. haha. Dah tu panas gile, takkan nak duk dalam bilik yang panas tuh. Masalah sekarang adalah bil letrik. Bil bulan mei dengan jun untuk rumah saya sebulan rm390. Masih boleh cakap murah lagi ke ? hari tu dah jumpa pakjib mintak kurang bil letrik, ingat bagi. hik. tak bagi pun. tsk. tedetot betul la pakjib ni. nantila try cakap dengan datin pulak, suruh datin pujuk laki dia pulak, oke tak ? mesti bagi, laki mana tak sayang bini kan. hakhak. Ke nak try mintak dengan Mb baru, bagi guna kenyir pun oke nih. hahhaha. Cuaca panas la sekarang, kalau letrik mahal, susah la. Nak guna ekon pun fikir banyak kali takut bil melambung naik. Kurangla sikit. pelishhhh .. sobs sobs. kalau terdesak, akanku mintak pertolongan pensyarah ku ajar cara kurangkan bil letrik. Guna banyak tapi bil tetap murah. Hahaha. apa guna ambik kos letrik tapi tak tahu nak kurangkan bil letrik. hoho.




Selamat tukar url.

Yeay dah tukar url.
husnamalek.blogspot.com
lebih ringkas. 

url sebelum ni.

ciknunaberblogger.blogspot.com

panjang. hik^^

Thursday 19 June 2014

Tukar url

Nak tukar url belog lah. Tak best lah yang ni. hihi^^ 
url baru eh.

husnamalek.blogspot.com

ringkas dan senang.
kejap lagi tukar.

Monday 16 June 2014

semakin hari semakin gemuk


Nampak tak benda apa dalam gambar atas tu >< mak aku tiba-tiba bagi benda ni. haih.. kuat benor menganjingnya. Semakin hari semakin ramai pulak yang terperasan akan kewujudan lemak tak malu aku ni. dah kurang keyakinan diri untuk keluar rumah, jumpa kawan-kawan sekolah pun rasa macam malu gila sebab aku gemuks sangat. fuhh~ dengan ketinggian yang tak seberapa ni aku akan nampak makin buruk. tsk. Tolong bagi masa selama 5 bulan untuk aku kuruskan badan dengan memanfaatkan benda kat atas tu sambil menghargai pemberian seorang mak kepada anaknya. Dia tahu I is malu untuk jogging atau melakukan sesuatu seperti itu di luar rumah atau di khalayak ramai lalu dia bagi benda ni supaya aku boleh guna dekat dalam rumah. Hahaha.  Atau dengan makan secara berhemah atau mungkin dengan pertolongan herbalife. Mungkin. macam kawan aku Sarah, lain sangat sekarang, kuruih. Cantik. Kebabom. Herbalife, akanku pertimbangkan. Teehee^^ tapi kalau duit tak cukup macam mana nak beli, kawan-kawan yang baik hati tolong sedekahkan boleh? okay, klik sini dengan sini . Thanks a lot :):)

Sunday 15 June 2014

tak tahu bersyukur

Pernah tak jumpa dengan orang yang tak pandai nak ucap "alhamdulillah" ? maksudnya yang tak tahu nak bersyukur. Haih. sakitnya hati dengan orang macam ni, semua nak merungut. sepanjang kenal dia, tak pernah sekali pun bila dia dapat sesuatu dia terus terima seadanya, mesti nak kena merungut dulu baru terima. Bila makan pulak, selalu nak komen, tu tak kena, ni tak kena, suruh masak sendiri tak nak pulak. Pemalas. Pastu suka sangat nilai seseorang macam dia tu bagus sangat, anak orang tu jahat, bini orang tu tak cantik. stresslah! 


Bintang Malam Ini

Jom nyanyi lagu ni ramai-ramai. HAHAHA



   




Friday 13 June 2014

Karmakah ?


Minggu lepas sepupu saya telah selamat menjadi tunangan orang. Dia cucu ketiga dalam keluarga sebelah mak, dan dia yang first buat benda yang sebegitu rupa dalam keluarga means tunanglah. Semua orang macam happy, yelah sebab pertama kali dalam keluarga kan. Tapi sorang je yang macam tak happy sikit, sepupu saya yang sulung, paling tua. teehee. bukanlah tua sangat, dalam 24 tahun gitu umurnya sebab dia rasa tergugat bila orang yang lebih muda dari dia mendahului benda-benda macam tu. Sebelum ni dia ada rancang nak kawin lepas habis diploma, tapi ahli keluarga yang lain macam tak berapa nak bagi sangat sebab suruh dia sambung degree dulu. 

Okay sekarang cerita yang dulu pulak. Adik-beradik mak ada 8 orang kesemuanya, 6 perempuan 2 lagi lelakilah. Dalam ramai-ramai tu, yang pertama sekali kawin adalah moklang, anak ketiga dalam keluarga dan juga mak kepada sepupu sulung. Lepas ada dua orang anak barulah moklong saya kawin. Moklong mak kepada sepupu yang tunang tu. Oke, paham tak sekarang ni, dulu anak ketiga kawin dulu, sekarang cucu ketiga tunang dulu. haha^^ Bukan salah moklang sebab langkah bendul, tapi jodoh dia sampai dulu. Sama jugak dengan yang tunang ni, sebab kita cuma merancang, Allah swt yang menentukan :)

Tolong klik , ni , ni dan ni . Okay, tenkiu^^

TAKBERTAJUK


Thursday 5 June 2014

Ular hitam petanda buruk

Betul ke ular hitam bawa petanda yang tak baik? Semalam ada seekor ular warna hitam masuk kawasan rumah saya, nasib baik adik tersedar. Mula-mula adik ingatkan tu tali pinggang sebab benda tu duduk dekat mesin basuh. Mesin basuh kitorang dekat luar. Pastu benda tu bergerak, nasib baik adik tak sempat nak pegang benda tu. Ular tedung hitam oke. Pastu cepat-cepat dia masuk rumah bagitau mak, tutup semua tingkap, tingkap dekat bilik air yang kecik tu pun pergi tutup takut ular tu masuk rumah. Ular tu berkeliaran sekeliling rumah ni, pastu lesap. Tak tahu dah pergi mana. 

Mula-mula masa nampak tak tahu pun tu ular apa. Tergerak pulak dekat hati ni nak search dekat google, pastu jumpa gambar ular yang sama sebijik rupanya dengan ular yang nak masuk rumah tu. Ular tedung. Err.. pastu dekat google banyak pulak yang cakap ular hitam ni orang nak hantar sihir. Boleh percaya ke ? 
Kebetulan pulak semalam punya semalam abah kemalangan. depan belakang kereta hancur. abah je oke, tak tercedera langsung. Alhamdulillah. perempuan tu lah cuai, urgh. kalau kita dah berhati-hati, orang lain pulak yang cuai. eh, ada kaitan ke dengan ular tu? tak kot. mungkin kebetulan. Ular tu mungkin tersesat. Sedapkan hati^^

Boleh tak tolong klik ni , pastu ni , ni dengan ni . Oke dah. Terima kasih :):) 

Tuesday 3 June 2014

Latihan industri

Dah jun ke?
nampaknya dah tak lama lagi la nak praktikal. hihi^^
tak sabarnya nak habis cuti ni, bosan kot. Tak buat apa-apa pun, eh buat..tapi benda yang tak bermanfaat buatlah. Agaknya macam mana ek kat tempat praktikal nanti? Ada elaun tak? haraplah ada.....teehee ^^ amboi, pikir elaun je ek? eh, haruslah~  macam tak berbaloi je kalau takde elaun. haha. oh, sepanjang satu semester praktikal nanti abah yang tolong hantar, ahahaha. Walaupun agak jauh tempat tu dari rumah. Nak buat macam mana lagi, terpaksalah. hihi, sape suruh tak belikan motor, bukannya tak ada lesen, dah bertahun dah buat lesen tapi langsung tak dimanfaatkan. tsk.
eh, sekejap je masa kan? Dah semester 4, umur pun makin lanjut, rasa macam baru je dapat tawaran belajar Poli. haha, over kau. Klik sini kejap. Tenkiu^^

Err, tak tahulah macam mana praktikal nanti sebab rasanya syarikat tu macam tak ada kaitan sangat dengan course yang belajar dekat Poli nih. Asalnya nak mintak praktikal dekat kilang elektronik, tapi ada ke kilang macam tu dekat Terengganu? tak jumpa pun masa tengah sibuk cari tempat hari tu. Yang banyak dekat Johor dengan Melaka, tapi mak pulak macam tak bagi praktikal jauh-jauh, membazir katanya. Kena sewa rumah lagi, pengangkutan lagi. Eleh, padahal takut rindu bila anak dia yang comel ni duduk jauh. hahahha, malu la tu nak ngaku. teehee.

Takpe ke kalau syarikat yang kite praktikal tu macam tak ada kaitan sangat dengan course? report macam mana? present? markah?? huh. redha saja dengan apa yang bakal berlaku lepas ni boleh tak~ malas dah nak fikir lagi. Okay, klik ni pulak. TQ


Ni lah jurnal untuk buat report hari-hari sepanjang praktikal. Sengaja sampul buku tu sebab nak bagi cantik. hee~ Wajib bawak tiap hari, besar dan tebal tapi takpe saya suka. Sekurang-kurangnya ada alasan kenapa bawak backpack yang macam bag sekolah tu masa praktikal. haha. saya lebih suka guna bag yang macam bag pegi sekolah daripada bag yang mak mak pakai tu, tak sakit bahu, lebih kemas.

Mari tengok Running Man episode 198 ramai-ramai kat sini . k, babai :)


Sunday 1 June 2014

Running Man

Perasaan apabila layan running man sorang sorang depan laptop tak sama langsung dengan perasaan bila tonton dekat tv ramai ramai dengan adik beradik. Boleh gelak ramai ramai selain mengeratkan hubungan silaturrahim, ecececeh ^^ Oh, husna yang comel ini telah berjaya mempengaruhi adik adik serta yang paling penting berjaya mempengaruhi emaknya meminati running man. HAHAHA .. walaupun mak tak tonjolkan perasaannya yang juga suka layan running man, tapi saya boleh hidu perasaan itu. ekeke. setiap hari jumaat dengan sabtu saya mesti duduk depan tv tengah tengah malam tukar channel 393 sambil ditemani pengikut setia iaitu adik adik yang dulu suka sangat kutuk running man. Urgh. tu lah orang cakap, jangan benci, kan dah sayang-- hahaha. mak yang masa tu dah dalam bilik get ready untuk tidur pun sanggup keluar nak join sekali. nampak tak? teehee.

Walaupun dah download episod running man dalam laptop, tapi masih lagi nak tunggu hari jumaat dan sabtu. Sanggup tidur lewat sebab nak tengok sama sama dengan adik adik walaupun dah tengok banyak kali episod tu dekat laptop. hihi^^ terima kasih running man kerana telah berjaya merapatkan hubungan kekeluargaan kami. HAHAHA

Ada tak yang tak tahu lagi kat mana nak tonton running man? ada tak? ada?? okay, klik bawah ni .


haa, cepat cepat pergi tengok. Boleh tengok dari episod 1 sampailah yang terkini. eh, rajin tak? tolong ahkak boleh..... tolong klik ni . terima kasih banyak-banyak :):)