Tuesday 24 February 2015

Majlis Kawin Sepupu

Assalamualaikum.

Hmmm, cuti seminggu dah habis dah. Sekejap sangat khenn masa sekarang. Hari tu cuti masa dipenuhkan dengan persiapan kenduri sepupu sahaja, pening fikir. Bahaha. Dia punya majlis hari Jumaat 20 Februari. Pertama kali dalam keluarga. Kira sepupu pertamalah ni yang kawin dalam ramai-ramai. Cakap macam banyak sangat menyumbang untuk majlis tu, eh tapi betullah banyak. Saya dengan sepupu nama dia Hamizah , muda sehari je dari saya tapi bajet muda setahun, menyampah sangat tau dia tu T_T kami sama-sama sibuk menyiapkan barang-barang untuk photobooth. Buat sendiri je semua, prop tu google je lepastu print, jimat. Ada prop macam tak cukup tu buat sendiri guna word. bahaha. Pemalas sangat nak edit buat cantik-cantik, bukan aku kawin pun. tehee. Nampak macam senang je tapi letih sangat tak cukup tidur sebab nak kena potong prop betul-betul bagi cantik, kalau tak cantik kitorang jugak malu nanti kalau ada saudara mara tanya kang siapa buat tak cantik ni T_T Ingatkan mula-mula photobooth yang kitorang buat ni tak akan dapat sambutan sangat sebab biasa-biasa sahaja, tak lawa sangat pun, tapi alhamdulillah jugaklah sebab ramai juga yang bergambar dekat situ. Malu titew tau, haha. Gula-gula pun beli yang biasa-biasa sahaja jimat kan, lagipun boleh topup banyak kali sebab murah beli banyak-banyak. Laku juga walaupun macam tak menarik, tsk tsk. terharu.


Tengok alas meja tu, mula-mula ingatkan nak buat macam kedut sikit macam dekat langsir tu tapi makcik tak bagi rosakkan meja pula, tak boleh nak guna paku tekan terpaksa pin biasa je. Takpelah tak cantik bukan aku punya majlis pun. Bahaha. Pinggan tingkat tu percuma masa beli kfc, ada banyak gula-gula dalam pinggan tu sebenarnya tak perasan pula masa ambil gambar ni pinggan tu kosong, kain pun tak iron T_T pengantin tu haa malas sangat nak tolong gosok, takkan saya nak gosok dah rumah jauh dari tempat kenduri nanti dalam perjalanan nak pergi kenduri terpaksa lipat juga, sama macam tak gosok. Menyampah tau. Prop tu ada banyak lagi kitorang buat ada bawah meja tu letak banyak-banyak atas meja nampak sarat sangat. Semak.



Background ni pula sengaja buat sebab nanti nak bergambar cantik sikit. Majlisnya dibuat dekat dewan serbaguna lepastu belakang langsir ni sebenarnya pintu dewan, pintu macam pintu kedai runcit yang lipat tu dah berkarat pun. Hitamnya kaki Yasir sampai terjojol kaki keluar, seronok sangat ke jumpa sepupu main sampai taknak balik lepastu cakap kat abah "aboh, balik malamlah ?" T_T


Yang belakang, Naim, Faiz. Depan, Haziq. Adik tapi tak cukup lagi seorang.

Orang kuat majlis. Antara yang paling banyak membantu tambah lauk, tambah air. Naim tu aku perasan makin gelap sejak praktikal ni. haha. 

Hisyam Naufal, sepupu.

Budak ni pun orang kuat majlis juga. Bahaha. Dewan tu dah macam rumah dia, lari-lari pusing dewan lepastu pergi dekat photobooth ambik gula-gula tapi bukan sebiji, satu bekas sekali dia ambik T_T

Budak baju hijau tu adik, lainnya budak kecik sebelah dia tu sepupu. Belakang tu pakcik yang anak dia kawin.

Tiap kali ada tetamu datang mesti ada budak-budak ni menyibuk sekali nak baca orang tulis apa. bahaha. Perasan tak prop semua dah letak dalam bakul sebab botol kaca tadi dah pecah ditiup  angin, nasib baik beli dekat kedai RM2 je. tehee. Eh nampak gambar ni macam edit kan belakang tu tapi sebenarnya tak pun. Panas sangat kan matahari sekarang. Hurm.


Itu sahaja nak dicerita. bye. Oh ya, gambar dengan pengantin tak ada, pengantin sibuk sangat jumpa tetamu. 

No comments:

Post a Comment