Tuesday 12 May 2015

Mereput tunggu result keluar :(

Assalamualaikum.


Letih tau lama dah tunggu 12 mei sebab orang cakap result keluar hari ni. Memanglah keluar hari ni tapi result untuk student poli saya je tak boleh nak tengok lagi T_T Tak faham jugak kenapa tapi orang cakap kabel dekat poli putus. Ish tak fahamlah. Memang semalam ingat tak nak tengok lagi pukul 12 tu sebab hari ni pun boleh tengok, tengok bila-bila pun result tetap sama je takkan berubah dah memang itu yang kita jawab, itulah keputusannya. Bukan berubah pun. kahkah. Lepas tu dalam group whatsapp dah bising kata tak boleh nak tengok result pula. Saya tak takut sangat sebab PA (penasihat akademik) dah bagi hint dah result saya macam mana. hihi. Lepastu ingat sebab yelah result baru keluar trafik sibuk sikit sebab semua pakat nak check kan, tapi sangkaan meleset bila sekarang pun masih tak boleh nak buka lagi T_T mereputlah.


sumber : SINI

Layan runningman dululah kalau macam ni. kiki. Malas nak tunggu lagi dah, esok-esok pun boleh tengok tapi macam mencabar betul bila budak poli lain pakat nak update status 'alhamdulillah'. Ish riak betul mentang-mentang dah boleh check. kahkah. Nampak sangat dengki. Bila tanya PA tadi kenapa tak boleh check lagi saja nak minta kepastian, dia cakap sebab fail lah tu. ish, kuangjiaq tau. Dah aar tengok runningman lagi bagus, nak tengok jugak bukak ni RunningMan. Bai. 

Update:

Pada budak politeknik Dungun yang masih bingung lagi mencari punca kenapa tak boleh check result lagi tu, bertabahlah. Saya dah tanya pihak psmza semalam, dia pun tak tahu bila boleh check, sebab sekarang politeknik tak ada elektrik lagi T_T Kesian budak psmza mencari punca kenapa tak boleh check result sampai sesat ke belog ini. hewhew. Dan ada yang cakap 12 Jun baru boleh check, tak tahu datang dari mana tapi saya dapat dari kawan saya.


Kalau betul, mereput bersamalah. Semoga tabah. Sekian




3 comments:

  1. mungkin ada hikmah yg menanti. Bersangka baik, hahaha.

    ReplyDelete
  2. good luck yer..ada ganjaran nya nanti

    ReplyDelete