Monday 11 May 2015

Nasihat biar kena dengan cara.

Assalamualaikum.

Hurm, tak boleh nak simpan lagi dah. Tak sanggup nak pendam sorang-sorang. Sakit weh. Saya takleh lah nak hadap orang yang tak pernah fikir positif terhadap seseorang. Yang macam, tengok je orang tu terus dia nilai orang ni macam ni macam ni. Kenot go. Satu lagi suka bagi konon nasihat tapi dengan cara yang tak kena. ish. Taklehlah. Saya boleh nak terima nasihat seseorang atau pandangan seseorang terhadap saya tapi biar kena dengan cara lah. Tak payahlah masa nasihat tu macam kau tu dijamin syurga. huh. 

Hari tu ada sorang pakcik datang rumah waktu maghrib. Sekeluarga. Waktu tu dalam 7:40. Lepas solat maghrib saya pergi duduk dekat sofa depan tv sebab isteri dia nak tumpang solat dekat bilik. Macam peliklah bila duduk dekat sofa dengan anak-anak pakcik tu dalam keadaan sunyi. krik krik krik. Dan dengan cepatnya saya buka tv. Baru je buka dan kebetulan masa buka tu keluar tv3 drama Hati Perempuan. Kebetulan. Lepastu dia lalu dekat situ dari bilik air nak pergi ruang tamu depan, terpandang pula dekat tv tu, lalu dia tanya sape yang tengok cerita ni? saya diam. Dah tu baru buka dan kebetulan keluar cerita tu. Dia pun membebel la, cakap cerita tak ada faedah bla bla, isteri tak hormat suami bla bla, dalam islam tak ajar macam tu bla bla, perempuan sekarang mudah terpengaruh bla bla, bazirkan masa dengan baca novel bla bla kenapa tak tengok ceramah agama bla bla dan banyak lagi sampai keluar semua cerita Manila, murtad di Indonesia dan sebagainya. sigh. Cara dia membebel macam saya buat kesalahan besar, cerita HP je pun. 

Beginilah, kalau betul pun saya tengok cerita tu, saya bukanlah bebal sangat nak ikut perangai watak dalam cerita tu. Bukan budak sekolah rendah nak diceramah sebegitu, dan dia ada ke dengan saya masa saya buat benda baik. Tak fahamlah. Dia nilai dari luaran. Macam nak je sebut semua benda baik yang saya buat tapi kalau hilang pahala saya yang rugi. "silence is golden" yuhanis. Berdosa ke saya kalau tengok drama tu? Bukan tengok cerita sampai tak solat T.T





6 comments:

  1. Pak cik tu patutnya fikir yang drama tu membuka minda kita supaya tak buat kesilapan macam watak Yuhanis tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, kite tengok tak bermakna kite nak ikut prangai watak dalam cite tu kan...

      Delete
  2. klau nak nasihat pun kena berpada2.. tgk sekeliling... takpelah sis.. fikir positif je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try positif tapi macam geram pulak. huhu

      Delete
  3. Takpe lah, fikir positif je lah. Yang elok kita ambil buat teladan, yang buruk jadikan sempadan :)

    ReplyDelete
  4. selagi Una tahu apa yg Una lakukan, hal pakcik tersebut tolak ke tepi je. Geram memang geram, tapi itu je caranya.. bende dah jadikan..

    ReplyDelete