Homesick

3:56:00 pm

Assalamualaikum,

Hai, hari ni mood aku tak okay. hmm. Tiba-tiba je rasa sedih bila teringatkan keluarga aku kat Terengganu. tsk tsk. Aku rinduuuu sangat kat dorang. Padahal tak sampai sebulan pun lagi aku tak jumpa keluarga aku, tapi dah rasa macam ni. hmm. Semoga Allah murahkan rezeki aku untuk dapatkan pekerjaan yang memudahkan aku untuk selalu jumpa keluarga aku. Amin. Susah sangat nak dapat kerja sekarang ni, tapi tak jugak la sebab aku tengok kawan aku senang je dapat kerja pastu banyak pulak tu syarikat yang panggil dia untuk interview. huh. Result biasa je tapi aku rasa mungkin sebab dia cantik kot, kahkah tak la ni semua tentang rezeki. hee. 

Johor dengan Terengganu ni sebenarnya jauh sangat tau, kalau naik bas dari Pasir Gudang ni pukul 9 malam, nanti sampai Kuala Terengganu dah pukul 6.30 pagi. Dan kalau contoh la aku ni rindu sangat kat keluarga aku pastu aku balik masa cuti hujung minggu, memang tak rasa apa kot sebab masa aku dah habis banyak kat dalam bas je hmm. Bertolak hari Jumaat malam tu dan sampai sana dah sabtu pagi. Bila sampai mestilah penat, aku akan rehat dan ofcourse tidur sampai tengahari. Hari ahad pulak aku akan ambik bas pukul 1 tengahari. Haa kejap je masa. Dah la susah nak dapat cuti, ada annual leave pun tak guna sebab bila nak cuti mesti orang mempersoalkan. Busybody betul tsk. Pastu bila public holiday pulak ada je yang tiba-tiba nak buat overtime. haish. Kerja overtime kat sini dah la kena paksa, bukan sukati kita je taknak pergi kerja masa tu. hmm 😢 Aku dah penat sangat dan dah give up untuk terus kerja kat sini. Haih. Nak balikkkkk. sobs sobs.


You Might Also Like

0 budak awesome !