Sunday 16 July 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum, hiks.


Selamat hari raya maaf zahir dan batin. ihiks. Lambat sangat bagi ucapan ni, huhu hakak sangat busy sebenarnya sampai tak sempat nak update belog. hewhew. Macam aku sorang je kerja kan, kahkah orang lain pun kerja jugak tapi takde la busy macam aku. Dah setahun lebih kerja ni tapi aku masih lagi tak pandai nak uruskan masa dengan baik. haih. Sebab tu la kot rasa macam takde masa je. Raya tahun ni macam banyak masa dapat luangkan bersama keluarga, hiks sebab aku dapat cuti seminggu dan raya pulak start ahad, fuhh raya sakan. Aku balik Terengganu masa hari last puasa. Baju raya aku dah beli siap-siap kat Johor ni, biasanya baju raya mak aku akan jahit sendiri tapi tahun ni dia boleh cakap tak sempat pulak dan suruh aku beli sendiri sobs. Takpe lah, terpaksa la beli kalau tak, pakai baju lama jela. Aku ni bukan boleh pakai baju lama, sebab tak feel raya haha. Sebab memang dah terbiasakan, kalau raya je pakai baju baru. Baju murah pun takpe, asal baru je. hiks.

Dan tahun ni jugak aku berkesempatan untuk bahagikan rezeki dengan orang lain huhu, bagi duit raya laa untuk family dan saudara mara jugak. hehe. Alhamdulillah, rasa lain maciam kan time bagi duit raya tu, best. Tapi sedih jugak tahun ni dah tak dapat duit raya lagi dari mak abah tsk tsk. Rasa dah tua sangat la pulak. Maknanya tahun lepas last la aku dapat duit raya dari parents sobs sobs. Patut tahun lepas aku ambik gambar dengan duit raya tu kahkah buat kenangan. Sebenarnya tak kesah sangat pasal duit raya tu, yang aku kesah feel dah besar tu dan terus fikir semua benda dah kena buat sendiri, merantau jauh semata nak sara hidup sendiri, tak boleh bergantung pada mak abah je. Aduhh tak suka betul. Banyak kena fikir masa depan. haih. Cepatnya masa berlalu. Dan nah untuk album raya tahun ni.






Takde pulak gambar satu family haha. Padahal ada je tapi yang dekat phone jela pastu tak cantik huhu, kat kamera malas nak copy. hehe. Pastu kan macam kosong je rasa, seminggu raya tu rasa happy sangat, bila dah masuk kerja ni keadaan kembali kepada asal, suram muram serabut semua ada. Jealous la tengok orang kat sini masih beraya dengan family. Yang aku ni family jauh sobs sobs. Mampu tengok jela. Harap tahun depan aku masih berkesempatan untuk raya bersama family lagi, pastu boleh luangkan banyak masa dengan family aku dan family besar aku jugak. Amin. Kalau boleh nak kerja sendiri, boleh cuti sukati kahkah. Berangan jela dulu, mana tahu nanti jadi kenyataan kan? Masa depan takde orang tahu hewhew. Okay la, selamat malam korang. heee



2 comments:

  1. okla tu xpe #rayakansebulan hihi dan lagi wish hari raya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak macam sebulan sebab seminggu je sempat beraya dengan family tsk tsk

      Delete