Sunday 20 August 2017

'KIRIM'

Assalamualaikum


Hi, korang tengah buat apa tu? huhu, aku baru je lepas makan keropok lekor crispy yang dibawa dari Terengganu. ihiks. Tengah duk sedap makan krukkruk tu rasa macam nak buat luahan pulak kat sini. hmm. Okay aku sekarang bermastautin di Pasir Gudang, Johor dan asal dari Terengganu dan masih bujang haha. Semestinya keluarga adalah keutamaan aku. Sebulan sekali aku mesti balik Terengganu walaupun 2 hari. Kadang dalam sebulan ada 2 kali cuti panjang maksudnya lebih daripada 2 hari pun aku balik. Tak kesah duit banyak habis asalkan aku tak habiskan masa cuti aku kat Pasir Gudang, haha. Bosan weh duduk sini, 2 hari cuti hujung minggu tu pun ya Allah azab betul rasanya nak habiskan kat sini. Dan kalau jadi macam tu aku mesti terbayangkan kalaulah aku balik Terengganu cuti tu, aku boleh rehat kat rumah aku, hirup udara segar, almaklumlah Pasir Gudang ni udara tak segar banyak sangat kilang huhu dan paling penting kalau aku balik aku boleh cuci mata tengok keindahan pantai kat sana. huhu.

Benda paling aku tak suka kalau aku nak balik Terengganu adalah 'KIRIM'. Orang kat kilang aku wajib kirim barang dengan aku untuk dibawa balik Johor. Yang selalu dorang kirim keropok lekor la. Aku stress la. Aku nak tolong merealisasikan impian dorang untuk rasa keropok lekor ori lah konon tu, tapi dorang tak agak-agak betul nak kirim tu. Sorang kirim sekilo, kalau 10 orang tak 10kg ?? Tak fikir ke aku ni nak bawak macam mana. haih. Pastu tu kalau sorang kirim sekilo, tapi biasanya lebih. Mesti paling kurang pun 2kg untuk sorang, ada yang sampai 10kg. Tu first dan last la aku belikan, lepas tu aku cakap awal-awal sorang paling banyak pun 2kg je. Tu baru keropok lekor, ada lagi yang kirim keropok keping tu, satu paket setengah kilo, besar tau. Pastu yang kirim beras dan rempah untuk buat nasi dagang pun ada, aku ni ajak la parents aku pergi Pasar Payang nak beli benda tu, haa dengan asam jawa yang gula tu pun orang kirim, aku beli sekali la dekat Pasar Payang. Weh, ingat aku balik kampung ni untuk habiskan masa dengan beli barang kiriman orang ke? haih. Bila aku cakap tak boleh, mengata pulak. 

Ni aku tak balik lagi orang dah tanya bila balik, nak kirim. Hilang mood aku. Dah la aku tak caj. Aku pernah caj pastu dorang merungut.Tak, sekarang ni dorang tak fikir ke aku balik Terengganu bukan free, pastu dengan masa rehat aku lagi hilang macam tu je. Penat. Nak kirim tu boleh, tapi jangan la selalu. Pastu dah la aku bawak dari Terengganu, jauh tau. Aku suruh dorang datang ambik barang kat rumah sewa aku, eh merungut jugak. Banyak alasan, suruh aku bawak kat kilang. Eh, ingat dari parking kereta nak masuk ke kilang tu dekat, kalau 10kg tu aku nak bawak macam mana? Ingat dia sorang je kirim? Nak tak nak aku kena bawak jugak sebab keropok lekor lama-lama nanti busuk, aku jugak yang rugi. haih. Kat bawah ni contoh kiriman orang, ni aku balik naik bas tau, sekarang dah balik naik kereta kemain lagi tambah order. grr



Hujung bulan ni nak balik beraya pulak, orang dah siap-siap kirim dah huh 😒

No comments:

Post a Comment