Trauma Masuk Tandas Awam

5:26:00 pm

Assalamualaikum

Hai, hari ni aku ada sedikit kekuatan untuk kongsi pengalaman aku ketika menggunakan tandas awam. huh. Cerita ni bukan rekaan semata-mata tapi betul-betul terjadi dekat diri aku sendiri. Benda ni jadi masa hari ahad waktu pagi dalam pukul 8 lebih. Aku dengan kawan aku masa tu pergi terminal bas Pasir Gudang nak beli tiket bas balik Terengganu. Kat sebelah kaunter tiket tu ada tandas awam, memang sebelah je tak jauh pun. Antara kaunter dengan tandas tu ada lorong kecik je so memang tak jauh kan. Pastu hari cuti dan pagi macam tu of course ramai orang, sebelah tu ada tempat teksi jugak. Haa, ni aku bagi gambaran tandas tu.


Perasan tak kebanyakan tandas awam dinding dia mesti macam dalam gambar ni kan. Dinding tak siap. Aku dah lama sebenarnya pelik kenapa dinding tandas mesti rupa tak siap macam ni? Mungkin orang yang reka benda ni ada alasan sendiri tapi aku memang tak setuju langsung. Bahaya. Aku pernah jumpa tandas yang lantai untuk lubang jamban cangkung dia lagi rendah dari ruang bawah pintu tu. haa bayangkan. Tah kenapa masa tu aku rasa macam nak buang air pulak, aku ni jarang la nak pakai tandas awam macam tu tapi hari tu tetiba buat hal pulak. Aku dengan takde perasan apa-apa masa tu terus pergi tandas tu, kawan aku parking kereta betul-betul depan toilet tu. Dalam toilet tu ada 3 toilet, masa aku masuk tu pintu toilet tengah tertutup rapat so aku fikir ada orang kat situ, aku terus masuk toilet hujung. Toilet yang aku masuk tu, dinding sebelah kiri tutup penuh, yang sebelah kanan macam dalam gambar atas tu. 

Hari tu rasa tak sedap hati, aku tengok je sekeliling toilet sebelum melepaskan hajat. kahkah. Pastu aku tertengok kat dinding belah kanan tu macam ada bulu penyapu yang rosak. Bersimpul semua tu. Aku fikir cleaner kot. Tapi tak sedap hati ni aku terus letak baldi kat situ. Pastu aku tunggu je dalam tu. Berdiri sambil memerhati. Beberapa saat kemudian nampak dua ketul mata bulat kat bawah penjuru dinding tu. Kuajaq, ada orang skodeng! Yang macam penyapu tadi tu rambut rupanya. Masa aku tertengok mata dia tu dia terus lari. Aku jerit sekuat hati tapi takde orang dengar. Aku tunggu je kat dalam toilet tu sebab takut dia tunggu aku kat luar pulak. Beberapa minit lepas tu baru aku keluar. Fuhh nasib baik dah takde orang. Lepas kejadian tu aku dah tak pergi tandas awam kecuali terdesak. Kalau ramai orang baru aku masuk. Nasib baik aku tak sempat membuang lagi. Macam nak maki je tapi nanti tak sopan pulak. hiks. 

You Might Also Like

7 budak awesome !

  1. Ada baiknya berteman...kalau tak ada kawan perempuan..dan jika bersama abg..atau adik lelaki...minta teman sampai depan tandas..depan pintu utama.nak masuk memang tak bolehkan sbb lekaki..sebab kak PC pun gitu..minta suami tunggu di kawasan berhampiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, lepas kejadian tu saya mintak je sesape temankan. huh

      Delete
  2. takutnya macam ni. nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumpah takut sangat sampai menggigil tangan ni haa, kena sama-sama hati-hati lepas ni :)

      Delete