Saturday, 3 March 2018

Singapore's trip

Assalamualaikum,

Aku dah lama sangat berangan nak pergi Singapore, sejak dari zaman belajar lagi, sebab tu je negara maju yang paling dekat dengan Malaysia dan tak susah pun nak pergi sana. hewhew. Aku pun nak tengok jugak negara Singapore yang orang duk kata maju, rakyat berdisiplin, negara bersih etc tu. Setakat dengar dari mulut orang je tak best. huhu. Dan tempat yang paling aku nak pergi sangat tu haa USS dengan Merlion Park sebab nak ambik gambar buat dp kat social media kahkah. Tapi kan biasa la kalau plan dengan kengkawan susah weh nak jadi realiti kahkah, lagi ramai yang join lagi susah nak jadikan cita-cita tu tercapai, baik kau plan sorang-sorang jelah. Tak pun plan last minute confirm jadi. kahkah. 

Bulan 1 hari tu kawan aku, Fating beria ajak aku pergi Singapore, konon nak try jalan sana la. Pergi pusing-pusing ambik gambar then balik la. Aku kerja kat Johor so takde masalah nak stay mana kan, rumah kat sana je. Kebetulan adik aku kerja kat Johor jugak dan dia selalu la pergi Singapore tapi bukan pergi jenjalan la, atas urusan kerja. So aku ajak adik aku untuk jadi tourguide kitorang, ecehh. Dalam keadaan terpaksa jugak la sebenarnya masa buat passport tu tapi sebab hati nak jugak pergi so teruskan jelah. kahkah. Trip ni kita panggil trip bajet sebab sorang habis dalam Rm60 je, huhu. Kitorang pergi hari sabtu, gerak dalam pukul 8 pagi dari Pasir Gudang naik kereta dan parking dekat komtar. Biasa kalau hujung minggu orang Singapore yang ramai masuk Johor, jadi tak bersesak la nak pergi sana. Dekat kastam pun lengang je, taktau la kalau tu kebetulan tapi aku rasa kalau hujung minggu memang macam tu la kot. 


Kitorang punyalah jimat, tukar 60sgd je, kalau duit malaysia dalam Rm180. Sorang Rm60 hewhew. Lagi sgd 3 tu duit adik aku, haha untuk bayar bas. 


Haa ni wajib ada kalau nak pergi Singapore, kahkah semua orang pun tahu kan, tapi yang aku nak tunjuk sebenarnya borang putih tu. Kena isi siap-siap sebelum cop kastam tu, aku dah isi dari rumah sebab adik aku ada borang lebih tehee.


Penat sebenarnya tunggu bas ni haih.


yayyy bas dah sampai dan paling penting dapat tempat duduk. hehehe. Dalam gelap pun wajib ada gambar okayy haha. Bas pertama ni nak pergi woodland sorang Rm1.40 sahaja. Tapi kejap sangat, kerusi tak sempat panas pun hehhh. Dah turun bas tu ke kena jalan laju sikit sebab semorang jalan laju sis tetiba segan pulak macam siput je jalan kahkah. Berduyung beratur pulak nak cop kastam tu. Makan masa jugak la sebab kena beratur kan, ramai pulak tu. Then, dah settle sesi mengecop tu lari-lari pulak cari bas nak ke stesen MRT. Turun je dari Woodlands checkpoint tu, terus nampak bas, then cakap je nak pergi mana, masukkan duit bayar tiket. Masa aku pergi tu harga tiket 1.60sgd. Sebelum ni 1.50sgd, so aku taktau la harga dah naik, nasib baik pakcik driver tu okay. huhu. Kena bagi duit cukup-cukup, takde balance okay haih. 


Dah sampai stesen MRT, kena beli tiket pulak. Ni beli kat mesin je, gelabah betul tanya-tanya orang cara nak pergi Merlion park dengan USS. haha. Pastu terus beli tiket pergi Merlion park dulu. Kalau nak ke sana kena beli tiket ke Raffles Place 2.60sgd sorang. 


Muka tak sabar nak bergambar dengan singa muntah. brrp. Agak ramai jugak orang dalam train dan kena berdiri je sampai Raffles Place tu, kejung lutut sis. tsk.


Benda pertama yang aku nampak masa sampai tu. Terus ambik gambar padahal takde pape pun kahkah. Sambil cari kepala singa tu. Pening jugak nak cari tu, dah la takde internet pfft. Kitorang main redah je, then nampak tasik maknanya nak dekat dah. Kebetulan masa tengah jalan tu jumpa map. Legaaa. kahkah 


Tourguide kahkah


Sopan tak aku pakai kain. haha. Ramai gila orang. Paling ramai orang india, siap pakai sari lagi. Dorang macam buat rombongan je. 


Pose wajib kat sini. hahaha.


Tukar angle pulak. Haih penat aku jadi photographer masa ni. sobs. Banyak sangat ambik gambar untuk diabadikan sebagai kenangan. haha. Pastu sambung pening lagi tak tahu cara nak pergi uss. kahkah. Macam biasa la tanya-tanya orang kat situ, kat sana majoriti orang baik-baik. Terharu kejap tsk tsk. So, kalau nak ke uss, naik mrt ke Dhoby Ghaut, dari sini harga tiket 1.60sgd. Berlari pulak kitorang masa ni. haha. Bila dah sampai Dhoby Ghaut, kena ambik train ke Harbour Front pulak huhu. Untuk ke USS kena naik Sentosa Express 4sgd. 


Excited sebab berjaya sampai kahkah.


Impian yang pernah dirancang masa belajar, sekarang baru terlaksana. haha. Bolehlah la walaupun plan 5 orang, yang pergi 2 orang je haha.


Acah candid. pheww


Selfie untuk whatsapp group family satu haha.


Acah candid lagi pheww


Tidur jap la


Okay serius.


Dah puas bergambar dengan globe USS, balik laa. Penat sangat dah masa ni hewhew. Panas berdenting denting haa kauu. kahkah. Lain kali la plan lagi masuk USS pulak haha. Balik pun naik Sentosa Express, takyah beli tiket lagi, beli sekali je. Then naik mrt ambik tiket terus ke woodland. Tapi transit, kena turun dekat Dhoby Ghaut dulu then naik train ke woodland. Masa balik pun sis tak dapat tempat duduk sobs. Eh tapi lebih kurang lagi 20 minit nak sampai kot orang tak ramai so dapat duduk yayyy. Ya Allah tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan dapat duduk masa tu, dah rasa macam nak tertanggal lutut ni haa. Sampai je woodland mrt station, naik bas pulak ke Woodlands checkpoint harga tiket 1.50sgd. Dah lepas sesi mengecop semua kejar bas lagi. Masa ni naik bas kilang kahkah. Aku tak tahu pulak boleh naik bas tu, ingatkan untuk pekerja je. Harga tambang bas ni Rm1.50. Masuk je komtar leganyaaa. Tak sabar nak cari kedai Tomyam haha. Oh aku pergi Singapore bawak roti dengan air mineral je sobs sobs. Dah la toilet takde air. Sadiss betul. Aku tahan je. tsk. Sampai Johor sebelum asar, so solat dekat komtar je hehe. Harga parking kereta kat komtar dari pagi Rm15. Kongsi 3 orang kahkah. Ni pengalaman yang seronok la untuk aku, sebab main redah je. Takde pengalaman pun sebelum ni. Negara dia aku tengok sangat tersusun pastu sunyi. haha. Bersih tu memang la semua orang pun tahu. Tapi sempat pergi dua tempat jela, yang memang nak pergi sangat dari dulu. Balik tu senyum je, cepat-cepat bukak data nak post gambar kahkah. Dah la penat nak menaip. 


Thanks for reading :)

3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Perjalanan yang seronok.. Walaupun main redah tapi berjaya juga menunaikan impian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la akhirnya dapat gak buat semua sendiri haha

      Delete
  2. bestnya dapat pergi sana! Tak merasa lagi ni haihh jelesnya

    ReplyDelete