Friday 30 March 2018

Terlalu bagi muka

Hi, assalamualaikum,

Aku takde la nak cakap aku ni baik sangat tapi kasi chance la aku puji diri sikit kali ni. heh. Aku ni ada sifat yang tak boleh tengok orang dalam keadaan susah, aku mesti nak tolong walaupun aku sendiri pun susah. haih. Aku benci gila perangai aku yang satu ni, aku sangat sedih kalau tengok orang yang tengah susah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan aku dah ada benda tu. Aduh macam susah je nak terangkan. Contoh paling senang la, kalau lecturer bagi assignment, pastu aku dah siap assignment setelah bertungkus lumus berusaha, then ada kawan aku tu tak siap lagi pastu menggelabah sorang, aku dengan mudah bagi dia tiru tapi jangan tiru 100% la tehee. Sebab aku tak suka tengok dia menggelabah haih.

Pastu aku ni tak suka la tengok orang yang surprise birthday kawan dorang dengan cara baling tepung tu, maggi basi ke etc. Kesian weh. Memang la konon sekali je setahun boleh buat macam tu tapi sampai ke hati korang grr. Pernah la classmate aku plan baling tepung kat kawan kitorang nama dia Amy. Aku takleh halang sebab aku taktau dia plan macam tu. Masa dorang buat surprise tu aku cepat-cepat pergi sapu muka Amy tu sebab aku takut dia lemas kahkah. Sama jugak kalau masa kerja, aku selalu sangat sibuk nak tolong orang lain siapkan kerja dia sampai kerja aku sendiri tak siap. heh. Pastu bila orang nampak aku boleh buat kerja lain, mula lah tambah skop kerja aku, dehek la. Aku rasa tiap bulan akan ada satu skop kerja aku yang bertambah. Banyak yang takde kaitan dengan aku masalahnya. Kerja remeh pun aku kena buat. popia punya orang. Sakit tau hati ni, aku pendam je. hm. 

Sebelum ni aku ada dua orang kawan rapat yang dari sekolah menengah. Tapi sekarang dah tinggal sorang. Sorang lagi tak jadi kawan dah. kahkah. Sebab aku dah takde hati nak kawan dengan dia. Sebab aku taknak jadi baik lagi dah, kadang kena jugak fikir diri sendiri. huh. Hari bekas kawan aku ni wassep aku, dia mintak tolong. Tiba-tiba weh. Okay aku bagi pengenalan sikit la pasal dia. Aku memang kawan rapat dia, tapi masa sekolah dulu jelah, dah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri. Aku jarang gila contact dia. Sebab aku belajar dekat Perlis, lepas tu aku sambung dekat Dungun pulak then baru habis belajar aku terus kerja kat Johor. Nampak macam sibuk sangat kan, kahkah padahal ada je cuti sem semua tu tapi aku lebih banyak luangkan masa dengan family. Aku ni bukan jenis keluar dengan kawan tapi aku lebih kepada family aku. 

Tiba-tiba la tahun lepas dia ni whatsapp aku, mula-mula cakap pasal benda lain, pastu baru aku tahu rupanya dia ni nak pinjam duit. Masa tu dia cakap nak pinjam RM400. uihh. Aku ni memang la tak boleh tengok orang susah, tapi kalau bab duit aku kena fikir banyak kali. Masa tu aku kat Johor, dan alasan dia, dia tak boleh nak keluarkan duit sebab pejabat pos tutup hari tu hari sabtu. Aku pun pelik la takde simpanan lain ke, lagipun dia dah kahwin. Dia janji akan bayar balik keesokan hari tu, ahad. Dan atas nasihat roommate aku, Fatin, aku tak bagi dengan alasan aku takde cash dan kad atm aku rosak. kahkah. Fatin cakap bahaya la sebab dia tetiba muncul then nak pinjam duit. huh. Aku ingat aku selamat la. Dalam sebulan tu jugak dia whatsapp lagi nak pinjam duit. Alasan sama jugak. Tapi kali ni nak pinjam RM300. Duhh. Takkan aku nak bagi alasan sama lagi. Nampak macam terdesak. Aku pun dengan bengapnya bagi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan dah berganti tahun pun. TAKKK BAYARRRR ! Hari tu janji nak bayar keesokan hari, malangnya aku tertipu. Aku bukan jenis mendesak. Aku jarang je tanya dah bayar ke belum, macam pengemis dah. Aku takut dia tertekan kalau aku selalu tanya tapi sekarang ni aku pulak yang tertekan sebab aku ada tanya dia dah bayar ke, dia boleh jawab "dah bayar lama dah, kenapa takde ke?" eh bebal lah. Memang takde la sebab tu aku tanya. Pastu bila aku tanya resit, dia boleh cakap "ada, nanti aku cari" dan sampai sekarang dia diam. Aku whatsapp, dia bluetickkan aku. Okay fine, aku buang je dia dari senarai kawan aku. Dekat facebook aktif je aku tengok. hm. Itu saja la luahan saya. lega rasanya. huh

6 comments:

  1. Kawan macam nie memang elok dibuang dari hidup.. Bahaya dan hanya mengambil kesempatan je.. Takpelah.. Anggap je bukan rezeki Husna.. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik buat Husna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih betul sebab dah tersenarai antara kawan baik tsk. Thanks. Semoga ada rezeki lain amin ;)

      Delete
  2. mmg sedih bila kita bagi pinjam pastu kita pulak mcm pengemis meminta balik kan..kekdg tu bila kesian kan org kita yang merana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kite kesiankan dia sbb fikir dia mcm dalam keadaan terdesak tp lastnya kita yg merana tskk

      Delete
  3. pernah kena dah macamni sudahnya orang yang pinjam tu hilang entah ke mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan? Ni lagi sedih sbb tengok dia dgn selambanya up status kat fb tunjuk makan apa hari ni, pergi jalan2, beli hadiah mahal, etc. Ws dia bluetick je hmm

      Delete